Kementerian Terpaksa Gugurkan Neelofa Dari Senarai Anugerah Ikon Wanita?



Nama Neelofa masih hangat diperkatakan oleh orang ramai selepas kontroversi majlis hari jadi dan pelancaran di kelab malam baru-baru ini. Walaupun peristiwa itu sudah berlalu hampir seminggu, namun netizen masih ‘aktif’ mengkritik melalui laman Instagram milik Neelofa sehinggakan beliau terpaksa menutup ruangan komen.

Orang ramai rata-ratanya mahu memboikot lakonan serta apa jua produk yang dikeluarkan oleh pelakon dan usahawan berjaya itu. Bagai jatuh ditimpa tangga, baru-baru ini tular pula berita tentang penarikan nama Neelofa daripada senarai Anugerah Ikon Wanita yang bakal dianjurkan dalam masa terdekat ini. 

Menurut Malaysia Gazette sebuah kementerian didakwa telah membuat keputusan untuk menggugurkan namanya dari senarai anugerah itu. Pihak kementerian tersebut dikatakan terpaksa membuat keputusan sedemikian kerana <strong>tidak mahu menerima apa-apa tempias daripada kontroversi yang telah berlaku.

Selain nama pengacara popular itu, antara penerima Ikon Wanita lain yang akan menerima anugerah adalah Datuk Vivy Yusuf, Datuk Nurul Hidayah dan Datuk Ziela Jalil yang pemilihannya berdasarkan kejayaan dalam bidang masing-masing. 


Sebelum ini, sehari selepas kontroversi tersebut berlaku, Neelofa telah kehilangan lebih daripada 100,000 pengikut di laman Instagramnya. Paparan skrin laman sosial beliau menunjukkan penurunan jumlah pengikut sejurus sahaja pelancaran koleksi tudung terbaharunya.

Neelofa sebelum ini memiliki 5.5 juta pengikut telah menerima kritikan dan kecaman hebat daripada netizen yang mengkritik tindakannya mengadakan majlis itu di sebuah kelab malam popular di Jalan Tun Razak, pada Isnin lalu.

Nampaknya kontroversi itu memberi impak yang besar kepada Neelofa, memandangkan sebelum ini beliau tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa kontroversi hebat seperti ini. Dalam pada itu, biarpun dihimpit dengan kontroversi, koleksi baharunya,<strong> Be Lofa laris dijual dalam tempoh 24 jam.

Namun pada hari Khamis yang lepas, kakak kepada Neelofa, Noor Nabila, merangkap Pengarah Urusan Naelofar Hijab telah mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi melalui laman Instagram beliau.

No comments

Powered by Blogger.