'Kami Baru Je Nikah Semalam" - Pasangan Suami Isteri Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di KLCC


Awal pagi tadi sebatang pokok telah tumbang di Jalan Ampang, berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan kejadian itu telah menyebabkan penunggang motorsikal dan pembonceng cedera. Menurut laporan Berita Harian, mangsa cedera merupakan pasangan suami isteri yang baru melangsungkan majlis pernikahan semalam.

Mangsa, Mira Ezva Abd Rasid, 25 tahun ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur berkata beliau dan suami, Norazrul Ahmad telah melangsungkan majlis pernikahan di sebuah masjid di Cheras, malam tadi. Kata Mira, kejadian berlaku terlalu pantas dan pokok tumbang secara tiba-tiba.

Kejadian (kemalangan) berlaku begitu pantas. Pokok di hadapan kami secara tiba-tiba tumbang menyebabkan suami tidak sempat membrek dan terus melanggar pokok itu.



Saya bersyukur terselamat dalam kejadian, namun risau dengan keadaan suami yang masih belum sedarkan diri, malah lebih teruk kami baru saja bernikah. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan pada hari ini melaporkan pihaknya bergegas ke tempat kejadian pada jam 7.50 pagi. Turut kelihatan adalah anggota Polis Diraja Malaysia.

Menurut laporan setakat ini, mangsa dikatakan mengalami kecederaan namun tidak dapat dipastikan tahap keparahan dialami.

No comments

Powered by Blogger.