Elza Ingin Bikin Filem Tentang Ibu

Anak perempuan kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty, Elza Irdalynna memberitahu bahawa dia mempunyai hasrat untuk mengarahkan filem tentang ibunya, Seniwati Azean Irdawaty.


Kata Elza, dia sudah lama menyimpan hasrat tersebut. "Saya mahu bikin filem tentang Azean Irdwaty bukan disebabkan dia adalah ibu saya tapi sepanjang hidup dengannya, ada banyak sebenarnya liku-liku hidup yang menarik tentang dia.

"Bagi saya, dia lebih daripada seorang selebriti dan itulah yang ingin saya tonjolkan di dalam filem tentang dia (Azean Irdawaty) nanti," kata Elza ketika diwawancara Hlive. Elza Irdalynna adalah antara sebahagian daripada pengarah wanita yang terlibat dalam projek Ikal Mayang 2015. Dalam projek Ikal Mayang 2015, Elza muncul dengan filem pendeknya yang berjudul Aurat. 

Aurat menceritakan tentang kehidupan seorang murid perempuan sewaktu kecil yang diejek rakan-rakan sekelas lelakinya kerana tidak memakai tudung

No comments

Powered by Blogger.