"Viralkan I Please,"- Netizen Kecoh Atilia Haron Tayang Tatu..Betul Ke?


Artis Malaysia memang tak habis-habis dengan kontroversi. Lepas Neelofa, kini Atilia Haron pula yang menjadi sebutan.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagramnya, Atilia memang suruh orang tularkan tentang dirinya.

Tulisnya di kapsyen,  “Cukuplah dengan isu Zouk. Viralkan I pula please. Minta-minta penuh lah kelas kejap lagi."

Memang berani, dengan hanya memakai sport bra, Atilia dilihat sedang melakukan gaya senaman yoga di pusat senaman miliknya.


Lebih menarik perhatian adalah tatu besar di perutnya. Apa lagi, sudah tentulah ramai yang mengecam!

Ramai juga yang mengatakan sebenarnya tatu tersebut bukanlah asli sebaliknya gambar tersebut telah disunting.

Apa pula pendapat anda tentang Atilia ni? 

No comments

Powered by Blogger.