Kacak Tu Memang Kacak, Tapi 4 Style Rambut Ini Boleh Buat Anda Botak!


Masalah rambut gugur dan botak tidak hanya menghantui golongan wanita, kerana lelaki juga turut dibayangi dengan masalah yang sama. 

Banyak faktor yang menyumbang kepada kebotakan yang melanda kaum lelaki antaranya adalah faktor hormon. Selain itu, cara mendandan rambut juga boleh menyebabkan rambut lelaki semakin menipis. 

Menerusi laman merdeka.com yang memetik laporan daripada pakar transplan rambut, William D. Yates, terdapat beberapa gaya rambut yang boleh menyebabkan lelaki cepat botak terutama sekali bagi mereka yang mempunyai lapisan rambut yang sedikit atau nipis.

1. Pakai topi yang terlalu ketat


Topi jenis snapback, cap, atau beanie sememangnya membuat penampilan lebih terserlah. Malah topi juga merupakan penyelamat kepada mereka yang sedang mengalami masalah rambut gugur dan kebotakan kerana boleh menutup bahagian yang botak tersebut.

Namun, tanpa disedari ianya boleh menyebabkan traction alopecia atau keguguran rambut secara berkala sekiranya topi tersebut terlampau ketat di kepala pemakainya.

2. Man bun


Man bun, gaya rambut yang popular dikalangan lelaki yang suka berambut panjang. Sebenarnya tak salah untuk mengikat rambut sebegitu namun ikatan yang terlampau ketat dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada akar rambut. 

Menurut Yates, ramai lelaki yang menerapkan gaya man bun ini telah mengalami masalah rambut gugur yang serius.

3. Man braid



Setelah man bun, giliran man braid pula yang menjadi tren di antara selebriti lelaki.French braid, cornrow, side plaits, atau mini braids, tidak dinafikan mampu membuatkan lelaki tampil edgy. 

Tetapi gaya rambut seperti ini juga berisiko kepada rambut dan kulit kepala. Sama seperti man bun, gaya ini menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada batang rambut yang akhirnya menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.

4. Semua gaya rambut yang diperoleh dengan styling product


Seprti yang dipetik dari news.com, semua gaya rambut yang menggunakan bantuan 'styling product' secara berlebihan juga menyumbang kepada kebotakan. Sisa bahan kimia yang terdapat pada produk tersebut akan berkumpul pada kulit rambut dan membentuk kotoran yang mengganggu keseimbangan pH di kulit kepala. Akibatnya, kulit kepala jadi tak sihat dan gagal mencengkam akar rambut dengan baik.

Kesimpulannya, tidak salah untuk bergaya tetapi harus tahu cara penggayaan yang betul. Longgarkan sedikit ikatan rambut dan topi. Sesekali biarkan rambut terlepas bebas dan kurangkan penggunaan hair styling.

No comments

Powered by Blogger.