Tragedi Salmah: Pembunuhan 2 Beradik Yang Menggemparkan Batu Pahat Satu Ketika Dulu


salam, 

aku ada baca satu buku dulu tentang tragedi salmah yang terjadi kat kampung muhibah di batu pahat..
tapi aku x ingat kisahnya.. yang aku ingat, salmah dan teman lelakinya dah bunuh  2 orang budak dan mayatnya di letak di belakang rumah.

kes ni masuk mahkamah, dan salmah mengaku buat seks ngan teman lelakinya tu dan membunuh 2 orang budak tersebut utk menutup rahsia. masa tu jadi kecoh sebab teman lelakinya tu tak mengaku dan menuduh salmah mereka semua cerita.

buku log pekerja teman lelakinya pun di dapati berubah masa dan tarikh dan xder bukti kukuh untuk mensabitkan teman lelakinya terlibat dalam kes tu..

MAYAT Azman Wardi, 10, dan adik perempuannya, Saniah, 3, ditemui dalam lubang najis di belakang sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Peserai, Batu Pahat, Johor dalam satu insiden pada 1984. Mayat mereka ditemui dalam keadaan reput dan berulat. 

Dua beradik itu dikatakan dibunuh dengan dicekik hingga mati dan diikat. Mayat mereka kemudian disumbat ke dalam lubang najis untuk mengelak daripada dikesan. 

Cara pembunuhan dua beradik ini menggambarkan perwatakan pembunuhnya sebagai seorang yang amat kejam. Bagaimanapun jenayah kejam itu terbongkar juga...

FAKTA KES

Tertuduh: Sam Ser Abdul Rahim, 31.
Pekerjaan: Buruh ladang
Asal: Kampung Muhibbah, Perserai, Batu Pahat dan menetap di Kampung Telok Bakung (kira-kira lima kilometer dari kampung kelahirannya).
Tuduhan: Membunuh dua beradik, Azman Wardi, 10, dan Saniah, 3.
Tempat kejadian: Di sebuah rumah di Kampung Muhibbah.
Masa: 9.30 pagi, 30 April 1984.
Hakim Mahkamah Tinggi Muar: Datuk Mohamad Eusoff Chin
Juri: 7 orang
Pendakwa: Timbalan Pendakwaraya Saufee Affandi Mohamad.
Peguambela: GF Nelson.
Tempoh perbicraan: Bermula 17 Januari 1987 dan berlangsung selama 20 hari.
Saksi pendakwa: 16 orang
Saksi utama: Salmah Mohamed Salleh, 26.
Saksi pembela: 4 orang.

PEMANDANGAN Kampung Muhibbah di Peserai, Batu Pahat, tidak ada bezanya dengan kampung lain di Johor, yang penuh dengan suasana ketenangan.

Penduduk bukan setakat saling mengenali, malah ramai yang mempunyai ikatan persaudaraan. Hubungan erat ini menyebabkan ibu bapa biasanya tidak bimbang melepaskan anak-anak bermain sekitar kampung.

Anak-anak pula tahu bahawa mereka mesti pulang sebelum senja menjelang. Jika tidak, berbiratlah belakang badan dirotan atau telinga merah dipulas.

Kejadian jenayah jarang sekali didengar.. Setakat hilang ayam atau itik itu biasalah. Itu pun belum tentu dilakukan oleh manusia. Mungkin juga ular sawa kelaparan punya angkara.

Tanggal 30 April 1984 bagaimanapun mengocak suasana keharmonian itu.

Petang hari yang malang itu bukan lagi petang biasa seperti sebelum ini kepada sepasang suami isteri yang mempunyai lima anak, Wardi Wasis, 48 dan Sukiam Hassan, 42.

Ketika anak-anak jiran sudah berada di rumah, kebimbangan mula menyerang hati mereka kerana dua anak kesayangan, Azman dan Saniah, masih belum muncul-muncul walaupun azan Maghrib sayup kedengaran.

Belum pernah dua beradik itu buat hal untuk pulang lewat seperti petang itu. Penarik beca, Wardi, akhirnya membuat keputusan membuat laporan polis pada hari itu kerana bimbang ada sesuatu yang tidak kena menimpa kedua-dua anaknya.

Hari-hari berikutnya, Wardi, dibantu sanak saudara dan penduduk kampung berusaha mencari anaknya, tetapi menemui kehampaan.

Kira-kira seminggu kemudian, iaitu pada 7 Mei, Kampung Muhibbah, gempar apabila Azman dan Saniah dijumpai dalam keadaan mengerikan dalam lubang najis di belakang rumah jiran Wardi, Salmah Mohamed Salleh.

Berdasarkan persamaan tali rapia yang digunakan untuk mengikat kanak-kanak malang dan yang dijumpai di rumah Salmah, polis tidak menunggu lama untuk mencari orang yang disyaki.

Salmah ditahan dan keesokan hari pada 8 Mei, seorang buruh ladang di Ayer Bemban dekat Kulai, Sam Ser Abdul Rahim, ditahan di Kampung Teluk Bakung, Batu Pahat.

Dengan penahanan mereka bermulalah pendedahan demi pendedahan menggemparkan bukan saja mengenai pembunuhan itu, tetapi hubungan terlarang antara lelaki bujang, Sam Ser dan isteri orang, Salmah.

Cara dua beradik itu yang dibunuh dengan kejam juga menarik perhatian orang ramai untuk mengikuti perbicaraan Sam Ser yang dituduh membunuh mereka.

Selepas didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, kes Sam Ser dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar pada 17 Januari 1987.

Keghairahan orang ramai untuk mengikuti perbicaraan Sam Ser menyebabkan kes itu dilabelkan sebagai `perbicaraan mayat dalam lubang najis.

Di depan Hakim Mohamad Eusoff Chin, Sam Ser dibela oleh GF Nelson, manakala pendakwaa n oleh Timbalan Pendakwar aya Saufee Affandi Mohamed.

Dalam perbicara an awal, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Asisten Superinte ndan (ASP) Abdul Rahman Kamil, mencerita kan detik penemuan mayat dua beradik itu.

Sebagai pegawai penyiasat kes itu, Abdul Rahman, berkata dia mengetuai sepasukan polis ke Kampung Muhibbah selepas dimaklumk an penemuan mayat itu kira-kira jam 2.15 petang, 7 Mei 1984.

Katanya, lubang najis itu ditutupi kepingan papan dengan sekeping papan lapis di bahagian atas dan apabila dialihkan, ternampak mayat Azman menghadap ke atas dan adiknya, Saniah, ke bawah.

Kedua-dua mayat itu diikat bersama mulai bahagian perut hingga bahagian leher. Azman memakai seluar panjang warna coklat dan baju lengan panjang, manakala Saniah memakai baju-T warna merah hati dan seluar bercorak bunga.

Yang hanya dapat dilihat pada mayat Azman hanya bahagian tulang belakangn ya, manakala bahagian badan lain hilang. Mayat Saniah walaupun lebih reput, tetapi tidak seteruk Azman, katanya.

Abdul Rahman berkata, polis menghadap i masalah untuk memisahka n mayat mereka kerana diikat tali yang kemudian terpaksa dipotong.

Kira-kira jam 6.30 petang, katanya seorang pegawai polis wanita, Inspektor Lee Siew Kee, memeriksa rumah Salmah dan menjumpai empat utas tali. Katanya, seutas tali dijumpai di alang rumah, dua utas di ruang tamu dan seutas lagi di dapur.



Selepas membandingkan tali yang dijumpai dan tali yang digunakan mengikat mangsa, anggota polis menangkap Salmah pada hari itu juga, diikuti Sam Ser keesokan hari, katanya.

Pada 21 Mei, katanya anggota polis menemui sehelai baju-t di rumah Salmah dan hasil pemeriksaan di Jabatan Kimia di Johor Bahru, menemui kesan beberapa warna.

Oleh kerana baju itu dijumpai di rumah Salmah, katanya polis membuat andaian baju itu milik suaminya, Razali Janis. (Salmah ketika memberi keterangan kemudian memberitahu bahawa baju itu digunakan oleh Sam Ser untuk mengelap kesan darah pada lantai)

Hari keempat adalah giliran Salmah, sebagai saksi pendakwa untuk memberi keterangan menggemparkan apabila dia menuduh Sam Ser, 31, sebagai pembunuh dua beradik itu.

Sam Ser adalah orang yang membunuh Azman dan adiknya, Saniah dan kemudian mencampa kan mayat mereka dalam lubang najis di belakang rumah saya. Di mahkamah yang penuh sesak, Salmah berkata dua beradik itu masuk ke bilik tidurnya ketika Sam Ser dalam keadaan bogel.

Pada hari kejadian, katanya Sam Ser datang ke rumahnya kira-kira jam 8 pagi dan selepas berbual seketika, mereka memutuskan untuk melakukan hubungan ****.

Ketika itu, katanya bayinya yang berusia tiga bulan, tidur di ruang tamu, manakala seorang lagi anaknya berusia dua tahun sedang bermain. Katanya, pintu dan tingkap rumahnya selalunya ditutup untuk mengelakkan rumahnya dimasuki habuk.

Menyedari anak jirannya masuk ke bilik tidur ketika mereka melakukan hubungan ****, Salmah memberitahu Sam Ser mengenai kehadiran tetamu tidak diundang itu menyebabkan lelaki itu bingkas bangun meluru ke arah Azman.

Katanya, Sam Ser menangkap Azman dan menolaknya jatuh ke lantai lalu mencekik dengan kedua belah tangan kanak-kanak itu yang ternyata tidak mampu melawan.

Sam Ser kemudian meminta beberapa utas tali yang saya ambil dari dapur. Dia mengikat badan Azman dan kemudian meminta beberapa utas tali lagi.

Apabila saya muncul dari dapur, saya lihat Sam Ser mencekik Saniah yang ketika itu terlentang tidak bermaya di lantai, katanya.

Selepas mengikat Saniah, katanya Sam Ser sambil memastikan tiada orang lain nampak, mengheret dua beradik itu ke belakang rumah dan menyumbat mereka ke dalam lubang najis.

Lubang najis berukuran 2.1 meter panjang, 1.5 meter lebar dan sedalam 1.2 meter itu terletak kira-kira 1.2 meter dari tandas yang terletak di belakang rumah Salmah.

Salmah mendakwa Sam Ser memberi amaran akan membunuhnya jika memberitahu orang lain mengenai kejadian itu.

Dia juga memberitahu bahawa jika sesiapa bertanyakan dua beradik itu, saya kena cakap mereka dilarikan dalam sebuah kereta biru, katanya. Salmah juga memberitahu bahawa dia cuba menghalang Sam Ser mencekik Azman tetapi tidak dipedulikan.

Katanya, Sam Ser memilih lubang najis untuk membuang kanak-kanak kerana sudah biasa dengan persekitaran kawasan rumah itu.

Dari segi perhubung an dengan keluarga Wardi, katanya memang ada perselisi han faham, tetapi tidak serius. Malah dia ada melawat keluarga itu selepas kejadian itu, tetapi tidak mencerita kan mayat itu.

Selepas kejadian itu, Salmah mengaku dia menyesal, tetapi keadaan ketika itu menyebabkan dia tidak boleh memberitahu sesiapa mengenai pembunuhan itu.

Sementara itu, Razali yang ketika perbicaraan sudah bercerai dengan Salmah memberitahu bahawa pada 1 Mei 1984, bau busuk dari arah belakang rumahnya menyebabkan dia menyiasat punca bau itu dengan pergi membuka penutup lubang najis itu.

Selepas dialihkan, katanya dia nampak mayat dalam lubang najis itu dan menghubungi bapanya yang tinggal di Kampung Petani untuk memberitahu mengenai penemuan itu.

Katanya, bapanya datang ke rumahnya pada malam itu dan mereka bersama-sama memeriksa lubang najis itu dan keesokan hari, dia memberitahu jirannya mengenai perkara itu.

Pada 6 Mei, katanya oleh kerana tidak tahan lagi dengan bau busuk itu, dia sekeluarga berpindah ke rumah bapanya dan pada masa sama, polis mengetahui mengenai kisah dua mayat itu.

No comments

Powered by Blogger.