"Eden Reti Cakap Nogori Walaupun Duduk Perancis" - Cair Tengok Budak Ini!


Nama Mek Timoh atau Fatimah yang dilahirkan di Birmingham, United Kingdom mungkin dikenali ramai selepas video kanak-kanak itu fasih 'kecek Kelate' menjadi viral. 

Terbaru, seorang lagi kanak-kanak mencuri perhatian netizen apabila video kanak-kanak itu bertutur dalam loghat 'Nogori' walaupun dibesarkan di Perancis. 

Keletah kanak-kanak yang dikenali sebagai Jade ini telah mencuit hati netizen. Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya di Instagram @light.km


"Eden tengah tolong omak den potong timun untuk nasi ayam. Baguih eden kan," dalam satu video terbarunya. 

A post shared by My daily journal (@light.km) on 

Tapi bila dia bertutur Bahasa Perancis pula, bertambah-tambah kecomelannya! Sedap saja dengar walaupun tak faham sehabuk!

Rata-rata netizen memuji Jade yang boleh bertutur loghat Negeri Sembilan walaupun duduk jauh beribu batu.


No comments

Powered by Blogger.