"Dajeiii Sungguh Memalam Ni,"- Terhibur Baca WhatsApp Abby Dan Norman
Terhibur dibuatnya bila membaca paparan skrin perbualan WhatsApp di antara Norman Hakim dan Abby Abadi.
Menerusi Instagram, Abby meluahkan rasa terkejut kerana menerima mesej dari anaknya, Danish paada 10.44 malam.
Baginya ia agak pelik memandangkan waktu tersebut sepatutnya Danish sudah tidur kerana berada di asrama.
Rupa-rupanya, mesej berkenaan dihantar oleh Norman menggunakan telefon bimbit anaknya itu untuk menyakat Abby.
Disebabkan malu dengan tindakan Abby yang memuat naik paparan skrin tersebut, Norman membalas dengan memberikan komen.
Pengikutnya memuji-muji kemesraan dan hubungan baik yang terjalin antara mereka. Semoga ukhuwah yang dibina ini kekal buat selamanya.
Post a Comment