"Walaupun Minyak Masak Tu Cuma RM10 Lebih Tapi Dia Susah Payah Hantarkan"


Walaupun masyarakat kini semakin lebih mementingkan diri sendiri namun masih terdapat lagi segelintir orang yang dikatakan sebagai 'baik hati'. Inilah yang dikongsikan oleh seorang pemuda di laman Twitternya. 


@GrabMY saya nak ucapkan tahniah kerana ada seorang driver anda bersusah payah hantar minyak masak pada jiran saya hari ni. Raymond nama dia. Ceritanya gini:

“Abang, u punya mak semalam ada naik saya punya grab, dia ada tinggal minyak masak.” Kau biar betul, mak aku dah lama meninggal.

Oh. Haa you punya binilah. Saya bujanglah. Eh tak saya punya bini kalau beli barang mesti bawak saya. Eh saya bawak dia.

Dalam pukul 8 lebih malam semalam, katanya.
Dia tengok handphone tiada nombor rumah. Hanya nama jalan.

Raymond beriya iya kata rider yang naik bersama 3 anaknya itu tinggal di rumah saya.
Dengan muka serius, saya katakan pada dia, bro u sudah bawak hantu ni bro.

Tawar senyum dia. Dia beriya iya kata  mak saya yang naik Grab dia. Menguatkan lagi saranan saya, bro saya rasa awak bawak hantu sebab malam kan. Dia sengih, tapi kurang gula.

Saya minta dia pusing lorong satu lagi. Dia pusing. Setengah jam, dia datang balik.

“Memang sini lah abang rumah dia. Saya rasa you punya bini.” 

Saya tanya dia, itu perempuan gemuk ke kurus, dia kata gemuk. Saya dengan muka serius kata bukan bini saya. Saya gemok, bini saya tak.

Seorang jiran lain keluar join kami. Saya terus cakap pada jiran saya nama Roslan. Bro, mana rokok kau. Terpaksa Roslan patah balik ambik rokok dia. Saat getir ni. Kena ada rokok.

Rupanya wanita dimaksudkan adalah jiran sederet. Cuma Raymond tak berapa ingat rumah mana satu. “Susah payah u hantar balik minyak masak ni.”

“Semalam itu perempuan beli barang banyak, pagi saya tengok dia punya minyak masak (ter)tinggal bonet. Saya habis kerja baru cari rumah.”

“Lagipun kesian maa dia mahu masak nanti ini minyak tak ada. Saya pun nampak dia beli barang banyak mahu masak. Minyak tak ada nanti susah.” Saya terus lari masuk rumah nangis bawah shower. Sweet betul Raymond ni.

Bagus Raymond ni. Biarpun minyak masak tu dalam RM10 lebih tapi dia susah payah hantarkan. Dan caj Grab cuma RM5 semalam tika dia hantar wanita dan anak-anaknya.

Dah abis. Saya pasti, Raymond pulang dengan rasa gembira dan kepuasan terpancar jelas di wajahnya.

No comments

Powered by Blogger.