Cakap Tak Serupa Bikin, Hafiz Hamidun Dikecam Netizen


Hafiz Hamidun, antara selebriti yang namanya banyak terpalit kontroversi, lebih-lebih lagi dalam kes penceraian dengan bekas isterinya, Joy Revfa.

Disamping aktif dalam dunia seni, Hafiz Hamidun juga banyak menyebarkan mesej-mesej positif di Twitter.

Antara status yang mendapat perhatian adalah perkongsiannya tentang penyakit "Show off".


Namun muncul pula seorang pengguna Twitter, Pinot yang mendakwa kata-kata Hafiz Hamidun adalah tidak selari dengan apa yang dipraktikkan. Siap tunjuk bukti lagi!

Susulan itu ramai bersetuju dengan status Pinot. Kata mereka Hafiz Hamidun adalah seorang penunggang agama dan munafik. Nama sahaja membawa imej islamik tapi banyak sangat gosip liar mengenainya.

Namun tidak kurang juga yang menyebelahi Hafiz Hamidun, katanya kita harus 'berhusnudzon' kerana mungkin dia sekadar bergaya dalam gambar sahaja untuk kelihatan menarik.


Disebabkan perbalahan yang tercetus di media sosial, Hafiz Hamidun tampil menjelaskan melalui Utusan Online.

“Ya, memang betul saya ada bergambar dengan kenderaan mewah dan pergi ke lokasi percutian bertaraf lima bintang seperti yang digambarkan. Semua itu bukan milik saya. Malah, keberadaan saya di lokasi-lokasi mewah itu disebabkan kebetulan ada kerja di situ, bukannya membelanjakan wang sendiri.





“Nak tergelak pun ya apabila petikan Twitter saya mula tular di media sosial seolah-olah memberi gambaran bahawa saya seorang yang tak cermin diri sendiri sebelum menegur orang lain. Lagipun, kata-kata saya itu adalah sekadar peringatan kepada semua dan juga diri sendiri. Tidak spesifik untuk individu tertentu.'

Biasalah, netizen memang selalu mencari kesalahan. Bertabahlah

No comments

Powered by Blogger.