Acik Kepam Tak Payah Sorok Duit Dalam Coli Lagi Dah Dengan Bra 2-in-1 Ini!


Hai, ladies! Mereka yang berkerjaya pasti memiliki koleksi beg tangan pelbagai jenama dan reka bentuk, kan?

Atau mungkin, ada juga di kalangan anda yang suka 'memburu' beg tangan unik dan boleh diguna pakai bila-bila sahaja tanpa mengira tempat dan peristiwa. Tapi, pernah tak anda terfikir bra, coli atau baju dalam boleh dijadikan sebagai beg tangan?

Memetik Teen Vogue, beg tangan coli 'Leather Bra Bag' dari jenama terkenal Helmut Lang kini sedang hangat di pasaran pada harga ASD 635 (RM2,500).

Sekali tengok, pasti keliru! Mana taknya, beg kulit ini juga berfungsi sebagai coli. Wah, macam tak percaya!


Unik dan tak seperti beg tangan lain, bentuk beg ini direka persis sepasang coli dengan dua cup yang berfungsi sebagai kantung untuk mengisi barang-barang.

Selain itu. ia dilengkapi tali pemegang yang boleh diselaraskan kepanjangannya juga berfungsi sebagai 'tali bra'.

Beberapa zip serta kancing disediakan di seluruh beg yang membolehkan ia berfungsi sebagai beg mahupun coli.

Beg ini muncul buat pertama kali ketika Helmut Lang memperagakan koleksinya di pertunjukan fesyen Ready-to Wear (RTW) bagi Musim Bunga/Musim Panas 2018.

Kalau orang dulu-dulu menyimpan wang atau barang berharga seperti kunci di dalam coli mereka, kini pengasas fesyen mengangkatnya sebagai terjemahan fesyen. Maka, terhasillah bra dua dalam satu ini!

Kalau dikelek coli ini di hadapan khalayak, pasti orang ramai akan menoleh dua atau tiga kali kerana ingin memastikan apa yang mereka lihat.

Ada yang nak cuba coli dua dalam satu ini tak? Tetapi, ia tak dijamin selesa jika dipakai sebagai coli. Tambahan pula, seperti tak masuk akal harga bagi sepasang coli mencecah hampir RM3,000!

No comments

Powered by Blogger.