Terasa Bagai Diperkosa Beramai-ramai - Gambar Ibu Hamil Jadi Tatapan Lelaki Gila Seks


Golongan kelainan seksual yang dipanggil maiesiophilia iaitu lelaki berasa ghairah dengan melihat wanita mengandung nampaknya semakin ketara. 

Memetik laporan Harian Metro, tinjauan di laman sosial Facebook, terdapat lebih 100 halaman kumpulan yang bertindak mengumpul dan menyebarkan gambar wanita berpakaian seksi termasuk ibu hamil untuk dijadikan tatapan lelaki hidung belang yang tidak malu untuk memberi komen lucah. 

Pembantu tadika mahu dikenali sebagai Hani, 29, berkata, dia pernah menjadi mangsa apabila gambarnya ketika hamil pernah disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan di satu halaman kumpulan Facebook.

Katanya, meskipun kejadian itu berlaku hampir empat tahun lalu namun ia masih segar dalam ingatan apabila mengenang kembali komen yang diberikan terhadap gambarnya itu.

"Gambar itu dirakam ketika saya mengandung anak sulung dan begitu teruja untuk memuat naik di Facebook tanpa berasa apa-apa kemungkinan kerana saya menutup aurat dan tidak memakai pakaian yang terdedah.

"Seminggu selepas itu saya diberitahu oleh rakan bahawa gambar saya tersebar dan apabila membaca komen yang diberikan saya terasa seperti 'diperkosa' beramai-ramai," katanya kepada Harian Metro. 

"Saya cuba selidik siapa pemilik page (halaman kumpulan) itu kerana saya yakin dia kenal saya kerana kapsyen gambar saya yang disebarkan itu terdapat lokasi tempat tinggal saya.

"Dua hari selepas itu, page itu disekat oleh Facebook. Namun sehingga hari ini saya trauma dan tidak mahu memuat naik gambar lagi di Facebook," kata ibu dua anak itu.

No comments

Powered by Blogger.