Penduduk Terkejut Besar Temukan Ratusan Telefon Pintar


Terkejut dengan kehadiran ratusan telefon pintar yang terapung! Itulah yang dirasakan oleh nelayan dan penduduk di daerah Paritiga, Bangka Barat yang dikejutkan penemuan ratusan telefon pintar yang terapung di perairan Teluk Limau.

Memetik Sinar Harian, Ketua Kampung Teluk Limau, Haydir memaklumkan ratusan telefon pintar pelbagai jenama itu disedari nelayan tempatan ketika melakukan rutin harian mereka minggu lalu.

"Kalau kelmarin jumlah yang ditemui banyak sekali, lebih seratus unit...ada Xiaomi, Apple, Samsung dan Oppo.

"Gara-gara penemuan ini, jeti Teluk Limau diserbu penduduk setempat kerana diberitahu telefon pintar terbabit dijual dengan harga yang cukup murah," katanya.

Tambah Hadir, tiada siapa yang mengetahui pemilik asal telefon pintar berkenaan, namun khabar angin mengatakan ia hanyut dibawa arus dari Kepulauan Riau. 

No comments

Powered by Blogger.