"Jangan Pukul Sama Rata" - Netizen Berang Wanita Ini Hentam 'Hantu Game'


"Umur dah 22 tahun, kau nak main game apa lagi s**l! Orang dah fokus nak stabilkan masa depan la ngok."

Wah, panas berapi nampaknya cik kak ini menghentam lelaki 'kaki game' di laman mikro Twitter. Kenapa agaknya tu?

Betul-betul 'kaw' dia tembak gamers. Amboi, tak takut kena hentam balik dengan netizen ke?

Hadam betul-betul sebelum komen



Menurut Jasmine, status itu ditujukan buat semua 'hantu game online' yang gagal mengurus masa mereka dengan baik hingga mengabaikan suruhan Ilahi.

Status itu tak bermaksud menjatuhkan semua kaki game, sebaliknya hanya untuk mereka yang bermain game hingga 'lupa dunia'.

Difahamkan, posting ini ditulis kerana Jasmine sudah tidak tahan apabila ramai di kalangan rakannya menerima nasib serupa di mana pasangan melebihkan game berbanding memberi layanan sepatutnya kepada kekasih.

Netizen naik hantu


Ramai juga netizen mempertikaikan kenyataan Jasmine itu tidak benar kerana tak semua lelaki kaki game bersikap seperti apa didakwanya.

"Jangan pukul sama rata. Aku berusia 24 tahun, elok je main game dan kerja.

"Patutnya awak cakap, 'umur dah 22 pun tak pandai uruskan masa'," tulis netizen.

Ada betulnya juga kata-kata netizen itu. Kadang-kadang apa yang kita tulis tidak kesampaian maksudnya. Jadi, berhati-hatilah jika mahu menulis sebarang kenyataan di laman sosial terutama di Twitter.

No comments

Powered by Blogger.