"Kau Kena Tak Malam Tadi?"- Bergilir-Gilir, 5 Tahun Adik Beradik Ini Dirogol Bapa


Memang sudah banyak kali terjadi, kes bapa merogol anak sendiri sentiasa mendapat liputan luas dan terpampang di dada-dada akhbar. Bayangkan sahaja, kanak-kanak bahkan bayi pun menjadi mangsa nafsu serakah bapa yang keji.

Bertambah sadis adalah kisah yang dimuat naik di Facebook Syed Azmi ini. Kisah seorang bapa yang sanggup merogol anaknya secara bergilir-gilir selama 5 tahun. Lebih menyedihkan ibunya sendiri tahu tetapi tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Difahamkan, mangsa ada memberitahu cikgu tapi kebanyakannya tidak berani untuk masuk campur. Mujurlan ada seorang guru yang sudi membantu untuk menegakkan keadilan untuk kanak-kanak ini.

Paling menyedihkan mereka sudah lali jika bapanya 'main' depan adik beradik yang lain. Ibunya tak mampu buat apa-apa kerana tidak bekerja dan takut diceraikan.


Siap boleh kongsi di kalangan adik beradiknya, 'kau kena tak semalam?' kerana sudah terbiasa dengan perkara tersebut.

Menurutnya lagi, dia terlalu menyayanginya,  cuma berharap agar bapanya berhenti melakukan perkara keji tersebut.

Terbaru,  JKM sedang melakukan siasatan dan sebolehnya tidak melibatkan pihak sekolah bagi menjaga air muka adik beradik tersebut.

Rata-rata masyarakat mencemuh sikap ibunya yang sanggup berdiam diri dari mempertahankan maruah anaknya!

Kes-kes seperti ini tidak tahu nak salahkan siapa? Sedih bila perkara ini masih berlaku dalam masyarakat kita tanpa kita sedari. Harap adik ini kuat mengharungi kehidupan di masa akan datang.

No comments

Powered by Blogger.