"Siang Hari Pun Berani Buat Kerja Jijik" - Lelaki Cuba Rogol Budak Perempuan Umur 6 Tahun


Pada zaman sekarang ini, kaum wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa kepada lelaki gila seks. Dan baru-baru ini viral di media sosial seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa rogol. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu di Taman Megan Setapak, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu telah ditarik, diselak kain dan dicabul oleh  seorang lelaki dalam linkungan 30-an. 

Saksi kejadian berikut Zureta Rahman berkata, mangsa merupakan anak kepada pekerjanya yang sedang bermain bersama anak-anak jiran. Pada masa yang sama, ibunya ketika itu sedang sibuk melayan tetamu yang datang. 

"Sebelum kejadian, ibu mangsa baru panggil/jenguk anaknya dan berpesan jangan main jauh-jauh. Tapi memang anak dia tak pernah bermain jauh dari kawasan kedai itu. Selalunya mesti dalam kawasan yang boleh dilihat oleh ibunya," 


Tambah Zureta lagi, lelaki itu telah menarik mangsa dan menyelak kainnya sebelum mencabul mangsa. Kebetulan pada masa yang sama, salah seorang kakitangan Zureta ternampak kejadian itu dan terus menyergah dan menangkap lelaki itu. 

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu turut membelasah lelaki itu sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 



Berdasarkan maklumat dari orang awam, lelaki itu sering dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan dan pernah terlibat dalam kes kecurian bateri kereta. 

Sebelum ini, suspek juga dikatakan pernah menjadi bualan media sosial selepas cuba merogol seorang pelajar sekolah menengah. 

Syukur tiada apa yang buruk berlaku kepada mangsa. Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih peka dengan anak-anak yang bermain tanpa pengawasan supaya tidak menjadi mangsa lelaki gila seks.

No comments

Powered by Blogger.