Bawa Anak Kecil Ke Kafe Siber Ketika Khayal Dadah


Bapa jenis apa ni? Sudahlah menagih, diusungnya pula dua anak kecil berusia dua dan tiga tahun ke kafe siber ketika masih khayal dadah.

Alasannya, dia terpaksa membawa kanak-kanak itu bersamanya kerana isterinya tiada di rumah.

Memetik Harian Metro, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam keadaan khayal di sebuah pusat siber di Sungai Besi.

Dalam masa sama, remaja berusia 16 tahun turut ditahan di lokasi sama kerana membawa adik lelakinya berusia sembilan tahun ketika mengambil ganja.

“Dalam serbuan di pusat siber berkenaan, kami membuat pemeriksaan terhadap beberapa individu termasuk lelaki dan remaja terbabit yang ‘datang’ bersama ahli keluarga mereka,” kata Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Cheras Mohd Azlan Ahmad.

Tambahnya, kedua-dua individu berkenaan mengakui mengambil dadah terlebih dulu sebelum datang ke pusat siber tersebut. 

No comments

Powered by Blogger.