'Shah Alam Dah Tak Selamat Gais..Mereka Ekori Dan Perhatikan Kami'


Baru-baru ini kecoh dengan kes seorang pelajar IPTA disamun dan dirogol oleh seorang lelaki. Kemudian, viral kisah seorang gadis yang berkongsi kisah 'diperhatikan' oleh dua orang lelaki ketika berada di sebuah restoran makanan segera.

Dan terbaru, seorang gadis turut mengalami pengalaman mengerikan diekori dan diperhatikan oleh dua orang lelaki. 

Gadis tersebut berkongsi kisah di laman Twitter @NrulAsyqin miliknya mengenai pengalamannya itu. 


Shah Alam dah tak selamat gais. Kami diperhatikan and ada dua orang follow kitorg. Even keluar tiga orang pun, tak selamat gais. tak tahu lah nak be careful mcm mana lagi

Diorg masuk giant, lepas tu sorg keluar ikot pintu lain lain. nasib baik nampak diorg ni mcm ada something tak kena je. Nextime, ajak lelaki seorang teman keluar. Girls, please beware and sentiasa perhatikan orang orang yg ada di sekeliling

First, kitorg duduk kat tangga depan barbershop tu. then, diorg memang tgk direct kat kitorg. Kitorg pun pndg balik, diorg pun masuk giant kat lagi satu pintu

Rasa mcm ada something tak kena, kitorg pergi kat meja restoran sebelah. A few mins, sorg keluar ikot pintu sebelah barbershop, sorg lagi keluar ikot pintu satu lagi.


and diorg tgk kitorg tak ada kat situ dah. then i standby camera amik gamba, diorg pndg tmpt lain. But they still watching us kat meja restoran tu.

Then, kitorg pun mcm nmpk something tak kena, kitorg pergi kat meja restoran sebelah. A few mins, sorg keluar ikot pintu sebelah barbershop.

Namun netizen turut mempersoal mengapa gadis tersebut tidak menghubungi pihak polis mengenai kejadian itu. Jelasnya, dia tidak membuat sedemikian kerana belum berlaku atau tiada gangguan. 

Malah dia kurang pasti sama ada polis akan mengambil tindakan jika dia membuat laporan mengenai kejadian itu.

No comments

Powered by Blogger.