"Baik Kau Bela Khinzir Terus!" - Wanita Bertudung Belai Anjing Dihentam Teruk Netizen
Dibelai, dipeluk, dicium! Amboi, sayang benar gayanya seorang wanita terhadap haiwan peliharaannya.
Baguslah kalau sayangkan haiwan, tapi apa yang membuatkan ramai naik bengang sebab haiwan tersebut adalah seekor anjing! Lagi teruk sebab wanita tersebut merupakan seorang yang bertudung.
Dalam rakaman berdurasi 1 minit 59 minit tersebut, wanita bertudung putih itu nampaknya bangga dengan apa yang dilakukan.
Tidak pasti siapa yang merakan, tapi seolah-olah riak wajahnya tiada langsung rasa bersalah. Ramai netizen membuat spekulasi kejadian terbabit berlaku mungkin di Malaysia.
Walau bagaimanapun ramai juga netizen yang beranggapan wanita tersebut bukan Islam, dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
Setakat ini, identiti wanita terbabit belum dapat dipastikan. Jika ianya benar dia bergama Islam dan kejadian di Malaysia, diharap pihak berwajib tampil mengambil tindakan.
Post a Comment