Lelaki Ini Kesal Teguran Kepada Remaja Tak Diendahkan, Apa Yang Mereka Kata Sangat Pedas


Gejala masalah sosial terutama di bandar-bandar yang melibatkan remaja seperti tidak berkesudahan. Setiap  hari pasti ada sahaja cerita yang tidak enak untuk dibaca yang melibatkan remaja zaman sekarang. 

Bagi seorang netizen, Muhammad Badrolldin Hamid tindakannya untuk menegur remaja yang sedang berpeleseran di lereng bukit di Kota Damansara tidak diendahkan. 

Berikut perkongsian penuh dari Badrolldin, semoga ianya menjadi satu peringatan untuk kita semua. 


Assalamualaikum..
Peringatan buat para ibubapa warga kota damansara dan peringata utk diri sendiri. Awasi gerak-geri anak kita terutama pada hujung tahun, cuti sekolah dah nak mula.

Gini kesahnya... pada pagi tadi saya bersama sahabat saya Saparuddin Melati hiking di KDCF, Kota Damansara Community Forest.

Setiba saya di puncak denai 3 puteri skitar jam 11 pagi, apa yang mambuat saya tergaman apabila terpandang sekelompok budak2 umur sekitar 13 hingga 15 tahun berada di bawah lereng Bukit dan dalam keadan tak sopan.

Memang amat merbahaya, sekiranya tergelincir kebawah tak tau apa jadi. Tebing tu berpuluh kaki tinggi, udahlah kelakuan tak senonoh.

Saya cuba tegur tapi diorang buat tak endah. Saya bukan nak menyibuk, tapi atas rasa tanggung jawab. Masih boleh sama2 kita cegah.. sebelum kejadian buruk berlaku..

No comments

Powered by Blogger.