Indonesia Maling, Malaysia Goblok! Gaduh Pasal Apa Lagi Ni?


Nampaknya, Malaysia dan Indonesia masih lagi 'berperang' dalam tuntut-menuntut hak pemilikan dan keistimewaan masing-masing.

Kalau sebelum ini kecoh isu pakaian kebangsaan Nasi Lemak Miss Universe Malaysia, kini netizen dua negara ini berbalah apabila ratu cantik Indonesia mengangkat Orang Utan sebagai tema kostum mereka.

Malah, mereka juga menamakan model mereka, Bunga Jelitha Ibrani sebagai "Warrior of Orang Utan".

Apalagi, berduyun-duyun netizen Malaysia melahar dan mendakwa negara seberang itu ibarat 'menjilat ludah sendiri' kerana sebelum ini mereka mendakwa Malaysia mencuri budaya kuda kepang sebagai budaya sendiri.

Jika dilihat, pakaian diperagakan Bunga Jelitha itu menyerupai pakaian pahlawan suku kaum Iban di Sarawak.

Apa lagi, bila dah kena 'jentik' netizen Indonesia pun mulalah melatah. Pantang menyerah, mereka juga mempertikaikan asal-usul 'sebenar' Orang Utan.

Jadi, macam mana? Menurut pembaca semua, pantaskah Indonesia mengangkat Orang Utan sebagai identiti mereka? 

No comments

Powered by Blogger.