"Jangan Kata Benda Tu Tampon" - Chef Wan Terjumpa 'Benda Jijik' Dalam Santan Kotak...


Sebagai pengguna memang akan terkejut jika barang yang dibeli mengandungi bahan asing yang tidak diketahui asal usulnya. 

Namun apa yang terjadi kepada cef selebriti, Chef Wan memang amat mengejut dan menjijikkan. Semalam, Chef Wan sempat mendedahkan melalui Instagram miliknya tentang satu jenama santan yang didapati mempunyai cebisan bahan asing di dalam kotak santan tersebut. 

Memang menjijikkan. Sudahlah tidak dapat dikenalpasti apakah bahan asing itu, sama ada cebisan daging ayam atau bahan lain yang sememangnya menggelikan. 


"Its so disgusting.Just to make sure i opened up the 2nd packet but i dont find anything inside it except Coconut milk.
Wondering juga apa benda ini?

"Have anyone of u experienced this? I sure would like A*** brand to explain to me about this? The expiry date lambat lagi pun.

"Dont tell me one of their workers di factory drop their Tampon and got all swell up swimming in the coconut milk?"

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, ramai yang meluahkan rasa geli geleman dan mengesyorkan penggunaan santan segar berbanding yang dalam kotak.

Mereka juga berasa tergamam dan keliru dengan bahan asing itu. Ada yang meneka ia adalah cebisan kepak ayam, cicak, gula getak dan tak kurang juga yang berkata ia adalah tampon.


Terbaru, Chef Wan memberitahu semua pengikutnya di laman Instagram itu, pihak syarikat pengeluar santan itu telah menghubunginya. 

Katanya, berkemungkinan ia merupakan satu bahagian dari mesin yang terjatuh ke dalam santan. Yang penting hal tersebut akan disiasat, katanya.

Sememangnya kejadian ini meninggalkan rasa bimbang dan juga fobia di kalangan para pengguna. Malah ianya selalu dijumpai dalam kotak minuman bersusu. Semoga pengeluar bahan makanan lebih peka dengan tahap kebersihan mereka.

No comments

Powered by Blogger.