Kenapa Anda Harus Pasang Pita Pelekat Pada Webcam Macam Mark Zuckerberg?


Tahukah anda webcam pada laptop boleh berubah daripada satu teknologi yang membantu menghubungkan anda dengan tersayang, kepada satu yang menakutkan?

Jika anda perasan banyak imej laptop di laman sosial yang ditutup bahagian webcam dengan tape dan sebagainya. 

Malah, ia turut diaplikasikan oleh Pengarah FBI iaitu James Comey. Dia berkata dalam satu temubual,

"Saya memasang tape pada kamera kerana terlihat seseorang yang pintar melakukannya."

James sebenarnya merujuk kepada foto pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang berlatar belakangkan laptop. Yang menariknya pada bahagian webcam ia telah ditutup dengan tape atau pita pelekat. 

Nah, inilah yang dimaksudkan oleh Pengarah FBI ini, iaitu penggodam mampu melakukan kerja jahat mereka melalui webcam di laptop anda. 


Bukan sahaja gambar dan video boleh dirakam, malah audio perbualan anda juga boleh dijadikan bahan ugutan!

Memang bahaya kan? Jangan dibuat main-main. Apa pun memetik laman PC World, ini yang anda boleh lakukan agar webcam anda tidak digodam.

1. Tutup laptop bila anda tidak menggunakan. 

2. Sentiasa pastikan software sentiasa dikemaskini. 

3. Begitu juga dengan firewall, diaktifkan sepanjang masa. 

4. Elakkan klik link atau pautan pada emel meskipun anda mengenali penghantarnya.

5. Tutup webcam dan mikrofon pada laptop anda dengan tape, pelekat atau apa sahaja yang boleh menutupnya.

No comments

Powered by Blogger.