"Dah Lima Bulan Syahid Pergi, Baru Nampak Hikmah Segala Ujian Berat Yang Kami Hadapi"
Masuk lima bulan pemergian anak kesayangan ahli kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan dan isterinya sudah menerima kenyataan itu dengan hati terbuka lapor Mstar Online
Muhammad Syahid, 4 meninggal dunia akibat kanser kelenjar. Bagi Bazli, dia sudah mula melihat hikmah di sebalik ujian berat yang dilalui bersama isterinya.
"Saya dan isteri terima perkara itu dengan hati yang terbuka dan selepas lima bulan ini kami sudah meneruskan kehidupan seperti biasa, rindu sikit-sikit itu biasalah.
"Tapi, apa yang saya nampak ialah hikmah disebalik ujian itu, yang mana tawaran rezeki itu tidak putus,"
Tambah Bazli lagi, dia dan isteri kini banyak menerima undangan ceramah motivasi untuk berkongsi kisah dan pengalaman mereka berhadapan ujian yang melanda mereka.
Kisah Muhammad Syahid yang juga seorang kanak-kanak autism telah banyak menyentuh hati orang ramai. Menurut Bazli ada yang bertanyakan bagaimana dia mencari kekuatan ketika sedang berjuang dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza.
"Dulu isteri saya suri rumah, namun kini dia juga aktif diundang untuk kongsi pengalaman dia,"
Tambahnya lagi, dia turut menerima mesej dari luar negara seperti Indonesia dan Scotland untuk berkongsi masalah.
"Ada juga seorang individu dari Scotland yang bertanya banyak tentang Islam selepas mengikuti cerita Syahid," ujarnya lagi.
Post a Comment