Apa Dah Jadi? Perunding Perkahwinan Dedah Erin Malek Lari Dari Hutang RM50,000


Pelakon wanita dan ibu kepada dua orang anak,Erin Malek dikhabarkan bakal berhadapan dengan perintah mahkamah hanya kerana isu baju perkahwinan. 

Memetik sumber MH Online, pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin dikeluarkan olehnya kerana Erin dikatakan gagal melunaskan bayaran yang dipersetujui sebanyak RM50,000. 

Erin dikatakan telah menerima surat peguam dan bersetuju untuk menjalani proses mediasi. Jumlah caj sepatutnya mencecah hampir RM80,000 namun telah dikurangkan kepada RM50,000 di atas persetujuan masing-masing. 


Dalam surat itu turut mengarahkan Erin supaya memulangkan kembali baju perkahwinan kepada perekanya. Sehingga hari ini, Erin masih mendiamkan diri. 

Azura juga turut berkata yang kini pihak beliau berusaha mendapatkan alamat terkini Erin namun pelakon itu gagal dijejaki selain komen di Instagram turut dipadam. Erin Malek bernikah dengan Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014 dan kini telah dikurniakan dua cahaya mata. 

No comments

Powered by Blogger.