Kenal Melalui Aplikasi WeChat, Wanita Jadi Mangsa Rogol Bomoh Temberang


Hanya mengenali melalui aplikasi WeChat, seorang wanita Melayu tanpa rasa curiga pergi ke sebuah hotel untuk bertemu seorang bomoh yang dikatakan mampu membantunya dalam masalah gangguan syaitan yang dihadapinya.

Tanpa disangka-sangkakan, tindakannya itu telah bertukar menjadi pengalaman hitam apabila dia telah dirogol oleh bomoh yang sebenarnya berniat jahat.

Memetik laporan Sinar Harian, suspek dikatakan membaca jampi serapah dan memegang badan mangsa serta meminta wanita itu melayan nafsunya bagi menghilangkan pendamping di badannya. 

Bagaimanapun, mangsa menolak menyebabkan suspek merogolnya dan mengambil gambar mangsa dalam keadaan bogel.

Susulan kejadian itu, suspek bertindak mengugut mangsa akan menyebarkan gambar bogel itu jika mangsa enggan melayan nafsunya lagi. 

Mangsa kemudian membuat laporan polis di balai polis Tampin, Negeri Sembilan dan polis berjaya menahan suspek di kawasan pam minyak di Alor Gajah pada jam 11.06 malam, 16 Ogos 2017. 

Berdasarkan siasatan polis mendapati dalam telefon bimbit suspek tersimpan lima gambar wanita berbogel yang dipercayai merupakan mangsa yang pernah diperdayakan dengan menggunakan modus operandi yang sama. 

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, suspek dipercayai telah merogol mangsa pada dua tarikh dan lokasi berbeza di hotel sekitar Tampin dengan menggunakan alasan bagi membuang penyakit itu. 

"Mangsa yang merupakan pekerja kilang hanya mengenali suspek melalui aplikasi WeChat pada awal bulan Jun lalu." 

"Sebaik mangsa berjumpa dengan suspek, mangsa terus berasa keliru serta mengikuti arahan suspek sehingga dibawa ke sebuah hotel," katanya. 

Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kes penipuan di Dang Wangi, Kuala Lumpur, sudah dua tahun melakukan kegiatan itu.

Hasil ujian urin juga mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Suspek direman sehingga hari ini dan akan disambung tahanan reman bagi membantu siasatan

No comments

Powered by Blogger.