Nahas Gadis Mabuk: Mangsa Temui Ajal Merupakan Pengantin Baru


Nahas yang membabitkan kematian seorang pekerja kilang dan lima orang cedera parah yang berlaku pagi kelmarin akibat seorang gadis berbangsa Cina yang berusia 19 tahun memandu dalam keadaan mabuk, dilaporkan mangsa yang menemui ajal itu sebenarnya seorang pengantin baru. 

Menurut laporan China Press, Mohamad Fandi Rosli yang berusia 26 tahun baru saja berkahwin pada Disember lalu, manakala isterinya turut disahkan telah mengandung. 

Kemalangan yang berlaku semalam telah memisahkan pasangan pengantin baru ini. 

Difahamkan, Mohamad Fandi adalah seorang pekerja kilang elektronik, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah.

Gadis terbabit masih dalam tahanan reman pihak polis, malah suspek turut disahkan pernah mengambil syabu sebelum kemalangan berlaku

No comments

Powered by Blogger.