Tragedi Memancing Di Bukit Beruntung, 5 Pelajar Lemas


Lima mayat kanak-kanak yang lemas dibawa arus deras ketika memancing di Sungai SKC Bukit Beruntung di sini pada petang Jumaat lalu telah ditemui, manakala dua lagi masih hilang.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, hanya seorang daripada kumpulan lapan murid sebuah sekolah rendah berusia antara 9-12 tahun selamat.

Menurut laporan Berita Harian, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Sani Harul, berkata semua mereka dilaporkan memancing dari tebing sungai ketika hujan lebat, sebelum dihanyutkan arus deras.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk dibedah siasat.

Masih dicari

Muhammad Aiman Kamarul, 12
Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10

Lemas

Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12

Amirul Hakimi Khairul Amru, 9

Shahrizwan Abdullah, 10

Shahrizat Abdullah, 12

Mohd Iskandar Shah Abdullah, 11.

Penduduk diminta mengawal pergerakan anak-anak mereka di musim cuti sekolah, khususnya di kawasan parit, lombong dan tasik, ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

No comments

Powered by Blogger.