Kalau Dah Salah Tak Perlu Jadi Biadap!

Rasanya masing-masing sudah menonton satu video yang memaparkan dua lelaki bertindak biadap apabila memaki dan mencampak wang kepada anggota penguatkuasa MBPP yang menjadi viral di media sosial. Rakaman video itu dikatakan berlaku di Lebuh Campbell, Pulau Pinang ketika anggota terbabit menjalankan tugas. 


Video berdurasi sekita 2 minit itu, dua lelaki berkenaan berang selepas tayar kereta mereka dikunci kerana meletak kenderaan di garisan kuning. Pihak polis berkata telah menerima satu laporan berhubung kejadian itu yang dilakukan anggota penguatkuasa terbabit walaupun pengadu telah menarik kembali laporan polis berkenaan namun pihak polis tetap menjalankan siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. 

Biadap memang biadap. Menghina dan memaki penguasa satu hal, campak duit ke bawah pun satu hal juga. Tapi kalau dah salah tu tetap salah. Bayar sahaja saman atau denda. Semua yang memiliki lesen kenderaan mesti tahu undang-undang jalan raya. Meletak kenderaan di garisan kuning adalah satu kesalahan. Dah memang salah tak perlu untuk cakap banyak dan menjadi kurang ajar untuk menegakkan kesalahan. 

Tetapi itulah sikap pemandu di negara kita. Antara alasan yang sering diberikan mungkin, "parking sekejap sahaja pun tak boleh". Ini cuma satu masalah sikap atau attitude rakyat Malaysia. Tapi bila kes macam ni tersebar di media sosial, ianya akan menjadi satu hot debate warga netizen dan pejuang papan kekunci. Dari satu kes attidude yang kurang ajar akan menjadi satu isu perkauman dan bermulalah kutuk mengutuk. Apa saja kes yang melibatkan kaum yang berbeza pasti ada yang mengutuk bangsa. Banyak kes seperti ini terjadi dan yang paling famous adalah kes Kiki CDM. Pasti kita semua masih ingat kes bekenaan bukan?

Tapi itulah, masalah perkauman kalau hendak bercerita takkan pernah habis. Masing-masing punya hujah tersendiri untuk "menang". Ya betul, tak kira dimana juga dalam dunia ini sifat perkauman tetap ada. Malah di US sendiri sifat perkauman masih tebal walaupun presidennya berkulit hitam. 

Namun, kita hendaklah membuka mentaliti dan melihat sesuatu perkara itu bukan dari sudut perkauman. Apa sahaja tindakan yang memalukan dan memberi imej buruk hendaklah ditegur secara baik tidak kira dari apa bangsa sekali pun. Kitakan warga Malaysia yang terkenal dengan pelbagai kaum yang hidup harmoni sesama kita. Tapi fikirkan lah sejenak dan tanya diri sendiri, betul ke harmoni? So, terpulang kepada anda semua mahu jadi apa... mahu jadi hantu..mahu jadi rasis..atau mahu jadi buaya. Kami memilih untuk tidak menjadi rasis. Share dan Klik butang LIKE Page kami. 




No comments

Powered by Blogger.