Kena Tegur Anak Bising, Hati Merajuk Mahu Boikot Magnum

Pastinya jika anda ke Magnum Cafe, anda pasti mengidam untuk makan variasi aiskrim yang banyak dan sedap dan itulah yang dilakukan oleh satu keluarga sebelum memutuskan ianya untuk kali terakhir.

Mengapa?

Kerana anaknya menangis dan merengek dengan kuat sehingga ia yang mengganggu suasana. Bapa kepada kanak-kanak terbabit seterusnya memuatnaik status "kecewa" dengan layanan kafe terbabit.


Menurut status yang dimuatnaik, lelaki ini mendakwa didatangi oleh staf yang bernama "May" yang meminta untuk menghentikan tangisan anaknya.

"Sebagai seorang pelanggan, saya juga cuba untuk menenteramkan anak saya. Sepanjang saya mengunjungi ke mana-mana tempat makan mahupun di hotel bertaraf 6 bintang, kami tidak penah diperlakukan sebegini," dipetik dari status tersebut.

Amukan status lelaki ini akhinya diakhiri dengan ajakan untuk memboikot premis terbabit.

Magnum Official memberi respon kepada status terbabit dengan mengatakan kes ini telah diangkat kepada pihak atasan bagi sisasatan selanjutnya.


Ada yang menyokong tindakan lelaki ini namun tak kurang juga yang mengkritik tindakan lelaki ini yang sepatutnya tidak memuatnaik gambar pekerja dan seharusnya melaporkan kepada saluran yang betul. Nampaknya, mengviralkan sesuatu perkara menjadi perkara biasa bagi rakyat Malaysia. Apa sahaja perbuatan pasti ada yang merakam. Berhati-hatilah, anda mungkin menjadi viral tunggu masa sahaja. 

Apa kata korang?

No comments

Powered by Blogger.