Vodka Tertulis Kalimah Allah Undang Kemarahan

Kazakhstan ialah negara yang menjadi bahan jenaka Sacha Baron Cohen didalam filem Borat. Tapi tahukah anda negara bekas ahli Kesatuan Soviet ini majoritinya beragama Islam? 

Sungguhpun begitu kerana pengaruh Soviet yang kuat selama berdekad lamanya orang Islam Kazakh suka minum arak. It's a Russian thing. Baru-baru ini syarikat pembuat arak tempatan Geom vodka menimbulkan kemarahan orang ramai kerana pada penutupnya terdapat kalimah jawi yang bermaksud “Allah’s strength is enough for everybody”


Akibat daripada kontroversi ini kesemua botol vodka Baiterek yang dikeluarkan Geom ditarik dari pasaran. PihakBaiterek vodka pula meminta maaf kerana melakukan kesalahan meletakkan nama Allah pada vodka mereka. 

Alasan yang diberikan ialah mereka tidak tahu makna tulisan jawi yang mereka gunakan. Ini adalah kerana pempakejan vodka ini dilakukan di Russia dan mereka tiada orang yang paham bahasa Arab disitu.

No comments

Powered by Blogger.