Hubungan Cinta Nora Danish & Nedim Nazri Putus Akhirnya

Segala prasangka terlerai akhirnya. Semua khabar angin yang bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu tentang hubungan cintanya kini semua sudah terjawab. Barangkali satu jawapan yang klise apabila mengungkap sudah takdir Allah bahawa perhubungan cinta yang terjalin tidak semestinya akan berakhir ke jenjang pelamin.


Namun, itulah gambaran jelas tentang hubungan cinta pelakon wanita popular, Nora Danish, 33, bersama bekas teman lelakinya, Nedim Nazri yang sudah pun menemui noktahnya.

Sebelum ini memang sudah bertebaran tentang hubungan cinta mereka yang dikatakan sudah goyang lantaran Nora dan Nedim tidak lagi memuatkan gambar kemesraaan mereka di akaun Instagram masing-masing seperti kebiasaanya.

Menerusi laporan portal, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanifmengesahkan perkara berkenaan apabila dia memberitahu keputusan untuk berpisah dengan Nedim adalah keputusan yang dibuat bersama.

Pun begitu, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri komedi, Puteri itu enggan mengulas lanjut tentang punca perpisahan mereka.

“Lagipun cinta tidak seharusnya dimiliki. Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Saya tidak mahu cerita panjang-panjang lagi,” ulasnya ringkas kepada portal berkenaan.

Sekadar menyingkap sejarah, hubungan Nora dan Nedim mula terjalin sekitar dua tahun lalu dan di awal percintaan, mereka lebih selesa untuk tidak mengulas lanjut dan membiarkan gambar di Instagram masing-masing memberikan penjelasannya.

Semakin mereka selesa dengan hubungan cinta itu, barulah Nora dan Nedim berani untuk mempamerkan dan berkongsi ceritera cinta mereka itu sehingga mereka menjadi pasangan yang kerap mendapat perhatian di laman sosial.

Sehinggakan hubungan mereka menjadi perdebatan di kalangan peminat, penyokong dan pembenci (haters) yang terus menghangatkan laman maya sepanjang mereka berpacaran.

Pastinya, hanya Nora dan Nedim atau lebih dikenali dengan panggilan BossNed itu sahaja yang tahu punca mereka mengakhiri hubungan cinta mereka itu walaupun ramai yang mula membuat andaian sendiri berhubung perkara itu.

Apa pun yang terjadi, semoga Nora akan tabah menghadapi ujian ini dan pastinya sekarang ini fokus utama Nora adalah untuk terus membesarkan anak lelaki tunggalnya, Putera Rayqal yang sudah pun berusia lima tahun dengan penuh kasih sayang.

No comments

Powered by Blogger.