Netizen Tak Puas hati dan marah sangat kepada Aeril Zafrel Sebab bergambar dengan pokok krismas
“Ternyata Nasrani” – Aeril Zafrel Dikecam Gara-Gara Biarkan Anak Bermain Tepi Pokok Krismas
PROJEK VIRAL
Gara-gara memuat naik video dan beberapa keping foto anaknya bermain-main di tepi pokok Krismas, pelakon Aeril Zafrel dikecam netizen.
Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada pelakon filem Aku Tak Bodoh itu termasuk mengikut amalan meraikan Hari Natal seperti kaum Nasrani.
Tampil memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar, kata Aeril rakaman itu dibuat ketika dia bersama keluarganya bercuti dan menginap di sebuah hotel.
“Saya minta maaf ya, kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok Krismas ini boleh terpesong dari agama.
“Untuk pengetahuan, pokok Krismas itu bukan di rumah saya.
“Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami menginap,” tulisnya dalam entri terbaharu pagi tadi.
Aeril turut memuatkan salinan komen-komen ekstrim yang ditulis netizen di ruang komentar pada rakaman video dan foto anaknya di tepi pokok Krismas semalam.
Entri itu telah mendapat lebih 400 komen dan 43,000 tanda suka (likes) oleh netizen yang kebanyakannya mengecam tindakan Aeril.
“Ternyata nasrani,” tulis salah seorang pengguna media sosial Instagram.
“Sambut Krismas… Buat apa raikan hari orang kafir,” tulis pengguna lain.
“Akidah perlu dijaga, anak siapa ni?” soal salah seorang pengguna lain.
“Setahu saya umat Islam itu lebih baik tidak ikut merayakan Krismas, saya cuma ingin berbagi apa yang saya faham, tetapi semua itu pilihan masing-masing,” pesan salah seorang pengguna.
Aeril bukan artis Malaysia pertama yang mendapat kecaman netizen gara-gara memuat naik entri sedemikian.
Terdahulu, pelakon Rita Rudaini dikecam gara-gara dituduh meraikan sambutan Hari Halloween bersama anak-anaknya beberapa bulan lalu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @aeril_zafrel

Post a Comment