Kes masih dalam siasatan, gambar tangkapan adalah palsu


JOHOR BAHRU - Polis masih menyiasat kes  mengakibatkan seorang lelaki maut selepas disyaki ditikam dan dilanggar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah yang cuba melarikannya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Azman Ayob  berkata tiada tangkapan telah dibuat pada masa ini.

Kenyataan itu sekaligus menafikan beberapa posting viral di media sosial meneganai status terkini kes tersebut.

“Maklumat telah ada tangkapan tak tepat.

“Hentikan tular liar yang boleh ganggu siasatan,” katanya.

Beberapa posting tersebar mendakwa gambar kenderaan dan suspek-suspek yang dikaitkan dengan kejadian kira-kira jam 7.30 malam semalam telah ditahan.

Dalam kes tersebut mangsa yang berusia lingkungan 30-an bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an berhenti di stesen minyak berkenaan bagi mengisi angin pada tayar kereta.

Bagaimanapun, mangsa yang menaiki kereta jenis Volkswagen Polo meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada kiri selepas berlaku pergaduhan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar.

Sesiapa yang mengenali atau dapat mengesan kenderaan ini diminta untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian  07-2212999 dengan segera.

No comments

Powered by Blogger.