Gegar Vaganza 4!! TAHNIAH Aishah, MARKAH PENUH.. Juara GV 4, Raih Hadiah RM100K ,


JOHOR BAHRU: Penyanyi Aishah yang memberi saingan pada saat-saat akhir diumumkan sebagai juara pertandingan Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang berlangsung di Studio Pinewood, di sini, pada malam Ahad.

Penyanyi berusia 52 tahun itu malahan beraksi cemerlang ketika membawakan lagu All by Myself untuk segmen solo serta menyanyikan lagu Supergirls bersama-sama dengan Liza Hanim dalam segmen battle

Dia menewaskan lima peserta lain yang terdiri daripada Liza Hanim, Hazami, Lan, Firman dan Tia (Jinbara).

Aishah yang bergelar juara berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo sumbangan Bina Megah Empire dan pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com.

Penyanyi lagu malar segar Camar Yang Pulang itu turut membawa pulang barangan kemas sumbangan DSC Gold & Jewelry iaitu rantai berlian bernilai RM80,000, baucar beli-belah yang bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop dan Piala Gegar Vaganza.

Aishah yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan turut memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza dan menerima hadiah istimewa daripada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman atau mesra disapa Vida.

Aishah gembira dengan kemenangannya sementara Liza Hanim (kiri) berada di tempat kedua. Foto: Kaki Foto.

“Terima kasih kepada Astro, juri, peminat dan semua yang menyokong saya selama ini,” ujarnya.

Naib juara, Liza Hanim berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo tajaan Bina Megan Empire, dan pakej percutian ke Turki sumbangan portal selamatbercuti.com.

Anak jati Klang, Selangor berusia 38 tahun itu turut menerima hadiah berupa barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucar beli-belah bernilai RM5,000 hasil sumbangan Go Shop serta trofi pertandingan.

Liza atau nama penuhnya Haliza Hanim Abdul Halim memukau hadirin dengan membawakan lagu Meniti Titian Usang untuk segmen solo serta menyanyikan lagu Supergirls bersama Aishah dalam segmen battle.

Tempat ketiga dirangkul Lan Solo berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo tajaan Bina Megan Empire dan pakej percutian ke Boracay oleh selamatbercuti.com.

Lan, 32, yang berasal dari Taiping, Perak turut membawa pulang barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucar barangan tunai bernilai RM4,000 sumbangan Go Shop serta trofi pertandingan tahunan tersebut.

Penyanyi kumpulan Kristal tersebut berjaya membawakan lagu Smells Like Teen Spirit dalam segmen solo serta menyanyikan lagu Amboi bersama Hazami untuk segmen battle, menurut laporan portal Astro Gempak.

Tempat keempat diraih Hazami dengan hadiah wang tunai RM20,000 tajaan Astro, pakej percutian ke Jogjakarta oleh selamatbercuti.com, barangan kemas DSV Gold & Jewelry, baucar barangan tunai RM3,000 sumbangan Go Shop serta trofi.

Hazami membawakan Bahagiamu Deritaku dalam segmen solo dan Amboibersama Lan solo untuk segmen battle. Beliau turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digi Star of The Week dan memenangi eGiftCard Go Shop bernilai RM1,000.

Tempat kelima yang dimenangi oleh Firman berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 tajaan Astro, barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer barangan tunai bernilai RM2,000 sumbangan Go Shop serta trofi.

Firman Siagian membawakan lagu Drama King di segmen solo serta menyanyikan lagu Tepi Sikit bersama Tia Jinbara di segmen battle manakala Tia Jinbara pula berjaya mendapat tempat keenam.

Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer barangan tunai bernilai RM1,000 sumbangan Go Shop serta trofi.

Tia Jinbara membawakan lagu Romancinta di segmen solo serta menyanyikan lagu Tepi Sikit bersama Firman di segmen battle. Aksi final GV4 bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios dekat sini.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh, diiringi oleh Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad dan Penaja Platinum GV4, Dato’ Seri Vida.

Persembahan enam peserta dinilai oleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang manakala juri jemputan ialah Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor.

Hetty ketika memberi komen sewaktu persembahan solo Aishah turut menitiskan air mata kerana terpegun dengan kehebatan penyanyi itu menjiwai lagu yang disampaikan.

Malam kemuncak Gegar Vaganza musim keempat dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Mamat dan Ezad (Exist).

Konsert akhir GegarVaganza 4 (GV 4) menyaksikan Aishah dinobatkan sebagai juara.

Aishah telah menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 81peratus.

Kesemua bintang diadili secara adil oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Sementara itu, Aishah juga diumumkan sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu markah penuh konsert akhir GV4 yang bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor sebentar tadi.

Di bawah merupakan markah penuh finalis GV 4:

1.Aishah – 81%
2.Liza Hanim – 79%
3.Lan Solo – 70.4%
4.Hazami – 70%
5.Firman Siagian – 69%
6.Tia Jinbara – 66%

Sumber:mstaronline

No comments

Powered by Blogger.