Ini Punca Sebenar Amar Dan Amyra Tidak Mahu Dedahkan Wajah Anak.
Pada 15 Oktober lalu,ramai menunnggu wajah anak lelaki pasangan pelakon Amar Bahrin dan Amyra Rosli.Di Instagram milik selebriti tersebut telah dimuat naik gambar hanya memaparkan sisi wajahnya saja.
Menurut mereka belum bersedia berkongsi wajah anak mereka.Dia dan isterinya bakal memperkenalkan wajah dan nama anak mereka dalam sebuah program realiti lapan episod yang mulai bersiaran awal bulan depan.
“Saya dan isteri berbesar hati nak kongsi wajah dan nama anak, tetapi kami mendapat hak eksklusif penyiaran dan tak boleh langgar kontrak. Insya-Allah awal bulan depan episod pertama mula ditayangkan.
“Serentak dengan program ini, baru kami berkongsi kepada semua. Tidak dinafikan hampir setiap hari ramai bertanya nama dan teringin melihat wajah anak. Apa saya boleh kongsikan, nama anak kami bermula dengan A.
“Saya dan isteri mengambil keputusan memuat naik juga gambar anak, tetapi tidak secara penuh. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi permintaan peminat. Kami tak nak macam segelintir artis lain yang meletakkan emoji pada wajah anak. Ia hanya menimbulkan kemarahan orang,” katanya.
Malahan Amar juga turut berkongsi dirinya yang juga turut 'berpantang' seperti isterinya apabila tidak mengambil sebarang tawaran kerja sepanjang hampir dua bulan ini.
“Kali terakhir saya terbabit dalam penggambaran drama Kalis Kasih untuk slot Samarinda pada awal bulan lalu. Selepas itu, saya terus bercuti hingga sekarang.
Namun,mengenai perkembangan terbaru mereka pula, kedua – duanya sedang berehat dari lakonan bagi menumpukan perhatian membesarkan anak mereka.
Post a Comment