IKEA Tebrau Baru Je Buka, Tapi Dah Macam Ape Dah


Sebut sahaja IKEA sudah pasti ada yang berangan memiliKI rumah seperti ruang pameran IKEA yang cantik dan disusun kemas.

Namun, baru-baru ini viral di media sosial apabila beberapa gambar keadaan di ruang pameran IKEA Tebrau yang baru saja dibuka pada 16 November lalu mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Amat memalukan keadaan ruang pameran yang sepatutnya kemas dan tersusun  dilihat dalam keadaan bersepah-sepah. 

"Pergi lawat kawasan di IKEA Tebrau. Subhanallah. Cuba korang tengok, begini ke cara orang-orang kita? Sungguh memalukan," kata seorang netizen Dino Daniel LJ.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh Dino, ruang pameran IKEA dalam keadaan yang bersepah dimana katil-katil tidak dikemas serta mainan kanak-kanak berterabur di ruang bilik pameran kanak-kanak. 

Menurut seorang netizen lagi turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak membiarkan anak bermain seperti di dalam rumah sendiri. Malah ada juga ibu bapa turut baring seperti katil itu milik mereka. 

"Janganlah tunjuk pelik sangat kalau jumpa katil itu sampai nak henjut-henjut barang. Respect la sikit."

Apa yang berlaku adalah sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu yang hanya menyusahkan pengunjung yang ingin membeli belah barangan perabot di sana. 

No comments

Powered by Blogger.