Shila Amzah Tak Tahan Dikecam Netizen Sehingga Padam Akaun Media Sosial


Baru – baru ini lensa kamera tertumpu pada penyanyi Norshahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah apabila beliau telah selamat bertunang dengan sahabat baiknya awal bulan yang lalu.

Terkini tular di media sosial sebuah video yang dirakam Shila mengenai aktivitinya membaca sebuah cerita di dalam Bahasa Inggeris. 

Apa yang menariknya tentang video tersebut adalah Shila cuba membacanya dalam dialek Amerika dan menurutnya beliau sudah lama tidak bertutur dalam dialek tersebut yang menyebabkannya merasa janggal.

Dek kerana video tersebut, Shila teruk dikecam netizen kerana mendakwa beliau seperti ‘show – off’ dengan pertuturannya itu. Malah ada juga yang mengecam beliau kerana baru sahaja bertunang, Shila seperti berlagak dengan tunangnya itu.

Dalam kenyataan lain yang ditulis Shila di Twitter nya, beliau mengambil keputusan untuk menyahaktifkan sementara waktu semua akaun media sosialnya kerana menganggap perbuatan netizen mengecamnya itu semakin melampau

Mungkin ada benar apa yang dikatakan oleh Shila. SOS mendoakan agar Shila terus tabah dan cekal mengharungi pelbagai komen dari netizen dan juga peminat.


No comments

Powered by Blogger.