Netizen Kecam Teruk Majlis Resepsi Juliana Evans Ala Kebaratan


Beberapa keping gambar sekitar resepsi perkahwinan Juliana Evans bersama suaminya, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah yang diadakan di The Andaman, Pulau Langkawi mendapat pelbagai reaksi dari para peminat.

Memetika laporan dari portal hiburan Roti Kaya, resepsi yang bertemakan beach wedding itu kelihatan sangat cantik dan menjadi bualan ramai ekoran sifatnya yang kelihatan sangat mengikut konsep kebaratan.

Komen yang ditinggalkan pengguna media sosial rata rata mempersoal tindakan Juliana Evans dan suami yang mengambil keputusan untuk mengadakan resepsi ala Barat berbanding tema tradisional seperti kebiasaan.


Tetapi tidak semua, ada juga yang menyarankan orang ramai supaya berfikiran terbuka dengan pilihan Juliana Evans ini memandangkan dirinya memang berketurun Inggeris — jadi apa salahnya mengambil tema Barat untuk resepsi. 


No comments

Powered by Blogger.