Ini Komen Balas Siti Nordiana Selepas Dikritik Tok Ram Dalam GGV4


Ramai di kalangan peminat kepada penyanyi Siti Nordiana terkejut dengan komen Datuk Ramli MS selepas persembahannya dengan Lan Kristal minggu lalu pada konsert ke-4 Gegar Vaganza. 

Menerusi komen yang dilontarkan, Ramli berkata Nana memberikan persembahan yang 'acuh tidak acuh'.

Namun, menerusi Harian Metro, Nana berkata dia sudah lakukan yang terbaik dan all out. Kasihannya!

“Saya tidak kecil hati pun, dari dulu ketika di GV2 dah terima komen begitu dan anggap sekadar gurauan. Saya juga tidak pernah main-main atau sambil lewa dalam setiap persembahan."


“Biarpun tidak bertanding, saya tetap beri yang terbaik. Saya sudah beri sehabis baik,” katanya. Selain itu, Nana mengakui dia mempunyai masalah untuk membawakan nada rendah.

“Untuk nada rendah, memang saya lemah kerana bentuk suara saya tidak sebesar penyanyi asal.

“Saya mahu beri kelainan dan ubah tiga cara berbeza sebelum membuat pilihan akhir.

“Tok Ram juga tegur nyanyian saya ketika latihan akhir. Dia mahu saya lebih bertenaga dan tukar sedikit pada permulaan lagu. Jika tidak, ia kedengaran sama dengan penyanyi asal,” ujarnya lagi.

No comments

Powered by Blogger.