Kalah Lelaki! Ghairah Bina Badan, Kini Digelar Wanita Paling Besar Di Dunia
Gigih berlatih membina badan di gym sejak berusia 14 tahun, Nataliya Kuznetsova kini digelar sebagai 'Wanita Paling Besar Di Dunia'.
Dia yang berasal dari Rusia sering menjadi perhatian orang sekeliling kerana badannya gagah seperti lelaki, malah lebih hebat lagi.
Menurut sumber The Sun, dia pernah memenangi beberapa siri kejohanan bina badan antarabangsa.
Nataliya kini adalah seorang jurulatih di sebuah gym dan katanya sukan bina badan sudah sebati dengan diri.
Dia juga seronok berkongsi ilmu dengan orang lain yang turut sama mempunyai minat yang mendalam untuk membina badan.
Cuma 40 kg semasa dia mula berjinak-jinak berlatih di gym, kini beratnya sudah mencapai 90kg!
Hari-hari angkat berat dan dia akan menggantikan sos dan rempah dalam makanan dengan campuran serbuk protein untuk memastikan bentuk badannya kekal sado katanya.
Kalau jalan sebelah dengan Nataliya mesti rasa selamat je kan? Macam mana, cantik atau tak badan begini?
Post a Comment