Doa Tak Hadap Kiblat, Joy Revfa Teruk Dikecam Netizen..Tapi Ini Komen Balas Darinya..


Selepas kontroversi badai rumah tangganya, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin sekali lagi menjadi tumpuan netizen.

Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun itu kini sedang menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci, dan perkara itu dikongsinya menerusi Instagram.

Justeru itu, ruangan komen dibanjiri ucapan daripada pengikut yang mendoakan kesejahteraannya sepanjang mengerjakan umrah.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pihak yang melemparkan komen dan kritikan negatif, mendakwa Joy bersikap riak dengan berkongsi gambar sedang melakukan ibadah di Mekah.


Malah, Joy turut menerima teguran apabila salah satu daripada gambarnya menunjukkan dia sedang menadah tangan berdoa membelakangkan kiblat.

Tidak hanya itu sahaja, penampilan Joy yang berinai ketika berada di Tanah Suci turut dipersoal netizen.

Ekoran terus-terusan menerima kritikan negatif, Joy bertindak membalas komen mereka di ruangan komen itu. Ada yang terasa juga ke dengan komen Joy itu?

Pelik dengan haters. Mereka tak suka dan mencemuh orang sesedap rasa, tetapi masih mengikuti setiap perkembangannya. Kenapa ya? 

No comments

Powered by Blogger.