Ini Punca Sebenar Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim Dilarang Masuk Johor


Selepas Singapura mengharamkan kemasukan Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim, kini giliran Johor pula. Kedua-dua penceramah ini didakwa boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian antara kaum.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata ia adalah titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum.

"Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan," katanya kepada Berita Harian.

Menurut sumber lagi, sebelum ini kedua-dua pendakwah diharamkan memasuk Singapura dengan alasan boleh menjejaskan keharmonian sosial dan menyebarkan pandangan yang boleh memecah belahkan rakyat.

Kementerian Dalam Negeri Singapura menyatakan Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dalam ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberikan ucap selamat bersempena perayaan individu berlainan agama.

Haslin pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyimpang.

No comments

Powered by Blogger.