"Ini Kedai Memang Bangsat" - Lelaki Bengang Tindakan Majikan Pecat Selepas 6 Tahun Bina Syarikat
Sejak semalam viral di media sosial luahan hati seorang lelaki yang bengang dengan tindakan majikannya semata-mata mahu mengaut keuntungan.
Lelaki yang lebih dikenali sebagai Ayah Pong di Facebook memuat naik kisahnya dimana dia mengorbankan masa dan jiwanya untuk menaikkan tempat di mana dia bekerja sehinggalah saat dia dibuang kerja.
Kisah Ayah Pong telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen sehingga telah dikongsi lebih 5 ribu kali oleh netizen yang bersimpati dengan nasibnya.
"Demi Kawan Sanggup Bantu Syarikat Baru"
Boikot KCMS Motorsport@JefKau@Kau Chan Meng yang mempergunakan orang melayu dan banyak tipu orang melayu. Saya telah berkhidmat dengan majikan saya lebih 5 tahun dari KCM Superbike hingga lah syarikat baru KCMS Motorsport. Jef Kau menjanjikan saya bermacam2 masa depan yang cerah kalau ikot dia keluar dari KCM Superbike.
Saya cakap "You setup dulu company, dah ok baru saya tolong"..dia tidak mahu, dia mahu saya keluar juga dari KCM Superbike untuk bantu dia. Dia berkata lagi company baru nie dia seorang sahaja, tiada share dengan mana2 org dan kita boleh plan tanpa ada sebarang sekatan dari partner.
Atas percayakan persahabatan yg lebih 5 tahun, saya keluar dari KCM Superbike dan tolong Jef Kau cari kedai baru di Taman Maluri yg dinamakan KCMS Motorsport. Dari awal permulaan saya yang carikan kedai, saya yang buat decoration kedai, saya yang bawak masuk customer untuk letak superbike supaya kelihatan kedai nie hidup, saya uruskan majlis perasmian kedai baru..semuanya saya korbankan masa dan jiwa raga untuk syarikat.
"Kakak Owner Hasut Suruh Berhenti Sendiri"
Hinggalah pada satu tahap dengki itu datang, bila saya buat terlalu banyak marketing dan ramai yang kenal saya, customer yang datang ke kedai beranggapan kedai itu saya yang punya..Jef Kau dan kakaknya mula goyah dan rasa tergugat.
Dia telah dihasut oleh kakaknya yang merupakan share partner kedua yang pada awalnya Jef Kau cakap company baru nie dia seorang sahaja pemilik tunggal...saya lihat di SSM ada 2 penama, maksudnya Jef Kau telah tipu saya mengatakan dia seorang sahaja pemilik tunggal.
Kakaknya telah menghasut Jef Kau untuk buang saya dengan cari teknik "suruh berhenti sendiri". Mereka berani berhentikan saya kerana saya telah bantu dapatkan 60k like page KCMS Motorsport yang sudah stabil hanya tempoh 5 bulan, saya melantik Jef Kau Sebagai admin dengar atas dasar percaya boleh jaga saya, rupanya dia lantik kakak dia sebagai admin dan kakak dia pula removed saya dari admin di page KCMS Motorsport.
Tidak cukup itu staff mula persoal kenapa tak lantik saya sebagai admin macamana dia nak buat kerja, dengan selamber kakak dia cakap "takde kerja, berhentilah..!!!"
Saya terus berjumpa dengan Jef Kau untuk dapatkan kepastian untuk buang saya kerja, saya cakap "kalau nak kawan buat cara kawan, kalau nak lawan kita boleh lawan"..nak berhentikan saya sila bagi surat berhenti, saya boleh report KWSP dan Socso kerana majikan tidak buat caruman...patutlah sampai sekarang dia tidak bagi offer letter dan slip gaji...mereka takot saya buat report dikenakaan tindakan.
"Boikot Habis Habisan"
Hari ini saya cukup marah kerana, Jef Kau telah menamatkan talian no tel saya yg didaftarkan atas nama dia dengan bertujuan untuk guna no tel saya itu utk dapatkan customer.
Dia telah memasukkan no tel saya atas nama dia dengan tanpa persetujuan dari saya, bila saya ajak Jef Kau ke Maxis, dia tak nak beri kerjasama. Dia cakap no tu no company. Punyalah kejam tokey KCMS Motorsport@JefKau@KauChanMeng sampai begitu sekali dia nak buat saya.
Saya telah membuat report polis dan saya tengah berusaha untuk dapatkan balik no saya 017 3077 548. Jika saya tidak dapat balik, sudah pasti Jef Kau akan guna no tersebut untuk tujuan tarik customer untuk bisnes dia kerana no tersebut terlalu banyak customer yang kenal Ayah Pong.
Share pada group bikers yang lain..!!!
Boikot habis-habisan..!!!
Orang melayu ingin maju ditindas..!!!
Namun, susulan kejadian tersebut difahamkan Ayah Pong telah ditahan IPD Cheras kerana didakwa memecahkan cermin mata milik majikannya. Ayah Pong dijangka dibebaskan antara 3-4 hari kemudian.
Rata-rata netizen menyokong tindakan Ayah Pong dan meminta supaya Ayah Pong bersabar dalam menerima ujian yang melanda. Segelintir netizen juga meminta orang ramai supaya memboikot kedai tersebut.
Post a Comment