Haters Terdiam, Safiey Ilias Buang Silikon Pada Wajah Sampai Guna Gerudi!


Nama Safiey Ilias memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kejayaannya di bidang perniagaan pada usia yang muda sentiasa menjadi inspirasi kepada ramai orang yang ingin berjaya. 

Walaupun pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini yang melibatkan identiti jantinanya, namun dia membuktikan yang setiap orang mempunyai niat untuk menjadi insan yang lebih baik. 

Sehingga satu tahap, Safiey yang dulunya sering mengenakan imej seperti seorang wanita telah menemui hidayah dan kembali ke fitrahnya. 

Tak mahu berpaling lagi meskipun dikatakan dan juga dituduh ia merupakan 'marketing strategy' bagi melariskan produknya. 



Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Safiey memuat naik status yang memberitahu dia baru sahaja menjalani operasi mengeluarkan silikon pada wajahnya. Sehingga menggunakan gerudi liposuction, menurutnya. 

"Bermulalah era muka lebam selepas silikon dikeluarkan dengan gerudi liposuction.

"BIG WHY gak sbnrnya nk buang2 ni. Huhu.. haritu dh buat tapi ni revision touchup buang mana yang tetinggal..

"Lepasni nak senyum luas2 sebab pipi dan dagu tak ada bonjol macam dulu dah.. ."

Jika sebelum ini ada pihak yang menyindir bekas maknyah ini masih tidak membuang silikon pada hidung, pipi dan dagunya. Kini mereka pastinya sudah terdiam.

Netizen di ruangan komen menyatakan rasa bangga dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Safiey. Mereka juga mendoakan agar lelaki ini istiqomah dalam perubahan yang dilaluinya. 


"Proud of you bro. You did something that illegal in islam. But Alhamdulillah you slowly changes and now be a real muslim. InsyaAllah, rezeki you takkan pernh putus. Amin. Ignore them. 

"Because you sendiri taw apa yg you buat. They dont know anything even a little part of your life. Keep it up bro!"

Memang hebat perubahan yang dilakukan oleh jutawan muda ini. Memang satu kisah yang penuh inspirasi.

No comments

Powered by Blogger.