"Hidup Netizen Ni Tak Pernah Tenang Kot" - Aiman Tino Luah Rasa Kecewa Kerana Asyik Kena Kecam


"Ada saja nak cari kesalahan orang. Agaknya kehidupan mereka tidak pernah tenang kot." Wah, marah nampaknya Aiman Tino dengan netizen. Katanya, dah bosan dengan komen-komen negatif netizen terhadap dirinya. Kenapa pula tu?

Memetik mStar Online, Mohammad Aiman Yusri, 19, menganggap netizen yang suka mencari kesalahan orang lain tidak pernah tenang dalam hidupnya.

"Bagi saya dah rasa muak dan bosan dengan netizen. Mereka nak cakap apa, cakap lah. Saya dah tak kisah," katanya. Orang sibuk bising apa lagi pasal Aiman ni? Ada-ada sajalah.

Kepada anda yang tak tahu tu, baru-baru ini Aiman muncul dalam rancangan Majalah 3 yang memaparkan perjalanan serta kehidupannya bersama keluarga.

Bagaimanapun, biasalah. Siapa sahaja boleh menutup mulut netizen kan. Banyak juga hencapan diterima penyanyi itu.

Ramai yang mempertikaikan kisah kehidupan Aiman tak layak dijadikan dokumentari di program yang berkonsepkan sejarah.

"Tak semestinya Majalah 3 mengisahkan tentang sejarah sahaja. Ada juga kehidupan selebriti lain yang pernah disiarkan.

"Kali ini giliran saya pula berkongsi perjalanan kehidupan saya bersama ibu bapa dan fokus dalam bidang nyanyian," ujarnya.

No comments

Powered by Blogger.