Gempar! Mayat Dibaluti Kapan 'Muncul' Semula Dari Kubur Hantui Penduduk


Siapa yang tak takut kalau bercerita tentang mayat kan? Tambahan pula kalau ternampak mayat terkeluar dari liang lahad dengan sendirinya di tanah perkuburan. 

Mau pecut lagi laju dari Usain Bolt ni! Kejadian aneh seperti ini telah dilaporkan berlaku di Pontianak Barat, Indonesia semalam selepas tularnya beberapa siri foto daripada pengguna Facebook bernama Muharris Alyamani.

Menurut Tribunnews mayat yang masih lengkap berbungkus kain kafan itu kelihatan diselaputi dengan tanah dan ia tidak dapat dipastikan sama ada jenazah itu memang asalnya daripada tanah perkuburan tersebut atau sengaja diletakkan di situ.

Susulan daripada entri yang tular di media sosial, rata-rata netizen berpendapat mayat yang berkafan itu terkeluar daripada liang lahadnya disebabkan perubahan kontur tanah.

“Tanahnya nampak berair, mungkin kena banjir dan terangkat,” kata seorang netizen. “Lepas hujan kan kelmarin,” komen seorang lagi.

Namun pada masa yang sama, ada juga berfikiran ia adalah azab Tuhan terhadap si mati yang mungkin telah melakukan kemungkaran sebelum ini. Aduhai seramnya!

“Kita yang hidup ini banyak-banyak mengambil hikmah.”

“Bisa jadi itu bahagian daripada azabnya kerana azab Tuhan itu ada tapi tak semua orang yang sedar bahawa azab Tuhan itu ada maaf sebelumnya.” 


“Udah-udah jangan sebar yang tak baik. Ini rahsia Allah. Kita tak tahu. Jadi kita minta jauhkan daripada azab kubur semuanya. Amin, kata seorang lagi netizen, menegur.

Pun begitu, kejadian ini bukanlah yang kali pertama berlaku di Indonesia. Pada tahun 2013, penduduk di Pontianak Tenggara, Kalimantan Barat dikejutkan dengan penemuan jenazah yang terbungkus kain kafan di tanah perkuburan Islam.

Menurut saksi yang menemukan mayat tersebut, dia mula menyedari akan kejadian aneh tahun 2013 itu apabila mencium bau yang tidak menyenangkan dari tanah perkuburan yang dekat dengan kilang di tempatnya bekerja.

“Sekitar jam 5 petang saya mencium bau tak sedap dari arah tanah perkuburan umum. Setelah diperiksa, ternyata ada mayat di atas tanah yang berbungkus kain kafan.”

Katanya lagi, memang terdapat jenazah yang baru dikuburkan seminggu lalu di situ. Namun, ia bukan terletak di tempat mayat tersebut ditemui. 

“Letak jenazah yang dimakamkan seminggu yang lalu itu agak ke dalam, bukan di tempat jenazah yang ditemukan sekarang,” katanya. 

No comments

Powered by Blogger.