"Doktor Cakap Saya Ada Setahun Je Lagi" - Baca Luahan Sedih Elyana Selepas Dedah Hidap Kanser Tahap 4
Satu ketika dulu, Elyana mendiamkan diri dari industri musik tanah air sehingga pernah tercetusnya gosip mendakwa Elyana menghidap penyakit kanser. Namun penyanyi itu menafikan perkara tersebut.
Dan baru-baru ini, Elyana memuat naik sekeping foto menunjukkan set lengkap pengurusan jenazah yang banyak mengundang pelbagai spekulasi motif sebenar tindakan penyanyi itu.
Dan akhirnya, Elyana membongkar rahsianya selama ini ketika memberi ucapan selepas tersingkir dari persaingan Gegar Vaganza 4 malam tadi. Elyana mendedahkan dirinya kini sedang menghidap penyakit kanser yang sudah berada di tahap 4.
Dalam ucapannya itu, dia turut memberi semangat kepada pesakit kanser yang lain agar terus kuat menempuh ujian yang mereka hadapi.
Memetika laporan Berita Harian, Elyana mengesahkan dia menghidap kanser limfoma tujuh tahun lalu selepas melahirkan anak pertamanya.
"Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.
"Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.
"Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain," kata Elyana.
"Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari,"
"Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.
"Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini,"
Post a Comment