Enam Lelaki Bergaduh Depan Polis Jadi Viral


Viral di media sosial sebuah video yang memaparkan enam lelaki bergaduh disebabkan satu kemalangan kecil di Lebuhraya Damansara Puchong berdekatan dengan IOI Mall Puchong. 

Memetik laporan Harian Metro, kejadian pada jam 1.15 petang semalam membabitkan sebuah kereta jenis Proton Satria Neo dengan Toyota Vios sehingga menyebabkan pergaduhan di antara dua pihak. 

Pihak polis yang menerima maklumat mengenai kejadian tersebut telah mengarahkan sepasukan anggota unit kereta peronda (MPV) ke lokasi kejadian. 



"Ketika anggota tiba di lokasi, pergaduhan di antara pemandu kedua-dua kenderaan masih berlaku dan anggota polis mengarahkan supaya mereka bersurai namun mereka engga mematuhi arahan polis."

Malah, pemandu Proton Satria Neo tersebut bertindak ganas apabila masuk ke dalam keretanya dan mengundurkan kenderaan dengan laju dengan tujuan untuk melanggar kereta Toyota Vios tersebut.

Tindakan pemandu Satria Neo itu menyebabkan kereta polis turut dilanggar akibat rempuhan kuat itu. Ekoran kejadian tersebut, pihak polis telah menahan enam suspek dan dibawa ke ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Serdang untuk tindakan lanjut. 

No comments

Powered by Blogger.