Berang Diarah Alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ Belasah 3 Anggota Rela
Tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) cedera selepas seorang "Datuk Seri" di sebuah tokong di Jalan Ampang.
Dalam kejadian 6.30 pagi tersebut, mangsa Melvin Cheong Mun Khai, Lee Weng Poh dan Leong Jiun Jie masing-masing cedera di kepala, mata dan perut.
Menurut Melvin, kejadian berlaku ketika dia meminta "Datuk Seri" tersebut mengalihkan kenderaannya jenis Toyota Vellfire kerana menganggu lalu lintas namun suspek enggan berbuat demikian.
Datuk Seri itu kemudian marah apabila mangsa meminta mengalihkan kenderaannya beberapa kali dan menepuk meja serta memaki dan mengugut akan mengapa-apakan mangsa dan rakan-rakannya.
“Rakan saya Lee dan Leong bertindak untuk meleraikan keadaan, tetapi lelaki itu terus memukul dan menendang kami,”
Kejadian tersebut menjadi viral di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebar. Mangsa sudahppun membuat laporan polis di Balai Polis Ampang.
Namun setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan pihak polis masih mengenal pasti suspek serta status "Datuk Seri" itu.
Post a Comment